Saturday, February 16, 2008

Sastera Cinta Islamik?

Semenjak dua menjak ini, wujud suatu kecenderungan atau tidak salah kalau saya katakan kegilaan daripada kalangan remaja(serta pemuda-pemudi, tua-tui yang turut juga menumpang dua kaki) ke arah apa yang dinamakan sastera Islam(/seolah-olah bermodelkan Islam).

Kalangan budak-budak "anta-anti" ini -mungkin sebahagian atau sesetengah sahaja-Allahu 'alam- ada novel cinta-cintun mengalahkan novel romantis yang "sekular". Obses dan taasubnya mereka terhadap novel ini seolah-olah novel itu adalah lambang cinta sejati, cinta di jalan Dakwah katanya. Hakikatnya, meminjam kata Lenin,-walaupun hakikat katanya adalah batil-"candu" khalayak. Ramai ketagih dengan bahan-bahan picisan seperti ini, kononnya mahu mencari cinta yang hak, tapi, hakikatnya mereka terbabas dalam lembah yang batil.

Bagaimana novel yang picisan ini boleh diambil sebagai panduan mencari cinta sedangkan model Rasulullah sallahu alaihi wassalam ditinggalkan?

Sunnah Rasulullah dalam mencari jodoh, bercinta di alam kahwin tidak pula dibedah-siasat untuk diambil iktibar. Sebagai mana kata salah seorang guru saya, jika kamu lihat bagaimana kehidupan perkahwinan Rasulullah saw yang romantis ini, kamu akan merasa "asyik" sehingga kamu tertanya-tanya adakah ini hanya mimpi?

Lihatlah sahaja bagaimana Rasulullah saw menyatakan cinta terhadap Aisyah di hadapan sahabat-sahabat lain bila ditanya oleh Amru ibn alAss siapakah yang paling kamu cinta?


عمرو بن العاص قال بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم على جيش ذات السلاسل قال فأتيته قال قلت يا رسول الله أي الناس أحب إليك قال عائشة قال قلت فمن الرجال قال أبوها إذا قال قلت ثم من قال عمر قال فعد رجال


Daripada Amru ibn AlAss berkata: Rasulullah saw mengutusnya untuk mengepalai tentara Zatul Salasil. Kemudian, aku mendatangi Rasulullah seraya berkata: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling engkau kasihi? Rasulullah menjawab: Aisyah. Kataku:Daripada kalangan lelaki pula? Rasulullah menjawab: Bapanya (Bapa Aisyah-Abu Bakar) Kemudian aku berkata lagi: Kemudian siapa lagi? Balasnya: Umar-dan kemudia dia menyebut beberapa yang lain. (Riwayat Ahmad:17143, juga dalam asSahihain daripada riwayat Anas)

Kemudian lihat sahaja, kasih dan cinta Rasulullah saw terhadap Khadijah.


e أن عائشة كانت تقول : ما غرت على أحد من نساء النبي e ما غرت على خديجة وما رأيتها، ولكن كان النبي e يكثر من ذكرها وربما ذبح الشاة ثم يقطعها أعضاء ثم يبعثها في صدائق خديجة فربما قلت له كأنه لم يكن في الدنيا إلا خديجة، فيقول إنها كانت وكان لي منها ها ولد



Bahawa Aisyah berkata: Aku tidak cemburu ke atas seorang pun daripada isteri-isteri Rasulullah sebagaimana aku cemburu terhadap Khadijah. Rasulullah selalu menyebutnya , dan kadangkala apabila Rasulullah menyembelih kambing, dia akan memotong sebahagian daripada kambing itu lalu dihantarkannya kepada kawan-kawan Khadijah. Sampai mungkin aku pernah berkata: Seolah-olah di dunia ini tiada orang lain selain Khadijah!!! Maka Rasulullah menjawab: Sesungguh antara kami, kami dikurniakan anak.

Dalam riwayat lain pula:


قالت عائشة رضي الله عنها :كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا ذبح الشاة فيقول : أرسلوا إلى أصدقاء خديجة . أخرجه البخاري ومسلم واللفظ له .

وفي رواية لمسلم زاد : قالت : فأغضبته يوما ، فقلت : خديجة ؟ ! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إني قد رزقت حبها .



Kata Aisyah: Rasulullah jika dia menyembelih kambing, dia akan berkata: Hantarkan kepada kawan-kawan Khadijah. (Riwayat Bukhari dan Muslim dan lafaz adalah lafaz Bukhari)

Tambahan dalam riwayat Muslim: Aisyah berkata: aku menyebakan dia marah pada suatu hari berkata: Khadijah??!! Kata Rasulullah sallahualaihi wassalam: Sesungguhnya aku dikurniakan dengan cintanya(Khadijah).

Berapa ramaikan daripada pemuda-pemudi sekarang ini tahu akan kisah-kisah "benar" di atas?Kisah yang bukan fantasi mainan minda atau khayalan semata-mata. Berapa ramaikan daripada remaja-remaja sekarang yang arif akan contoh kehidupan Rasulullah saw? Saya berani mengatakan RAMAI. Yang anehnya, watak serta jalan cerita novel yang entah apa-apa ini pula yang dihafaz serta dijadikan "qudwah hasanah".

Nasihat saya: tinggalkanlah perkara yang tidak memberi manafaat kepada kamu dunia dan akhirat.Tinggalkanlah perkara-perkara yang memesongkan kamu daripada memahami alQuran dan asSunnah. Silalah mentadabbur ayat-ayat alQuran serta ambillah contoh daripada kehidupan Rasulullah. Kerana, jika kamu "benar-benar" mentadabbur ayat-ayat alQuran,kamu akan dapat lihat di sana ada makna-makna yang ajaib, olahan bahasa yang menakjubkan, sastera yang terunggul yang mana tidak ada satu pun novel/cerpen/puisi atau apa-apa yang sewaktu dengannya yang dapat menandinginya.

Lihat bagaimana penyair Arab di zaman Jahiliyyah, Labiid, yang terkenal dengan puisi-puisinya yang masyhur serta dijadikan kajian sastera Arab sampai ke hari ini, apabila dia memeluk Islam, dia hanya menuturkan hanya satu bait sahaja. Ya, satu bait sahaja berbanding berpuluh-puluh, mungkin beratus-ratus bait yang dituturnya sebelum Islam.

Ditanya mengapa dia tidak menuturkan syair lagi.

Dia menjawab: Aku disibukkan dengan surah alBaqarah!!

Berapa ramaikah daripada kita yang disibukkan dengan alQuran?!

Tepuk dada sendiri, tanya iman (itupun kalau masih ada))

2 Comments:

Blogger [my] @ ureka said...

assalamualaikum..

saya bersetuju dengan apa yang tuan katakan mengenai novel-novel yang dikatakan novel Islam dan pengaruhnya terhadap masyarakat Islam sekarang ini. Saya juga antara mereka yang membaca dan terpengaruh dengan watak-watak yang terdapat dalam novel ini. Saya tidak menyedari semua itu sehinggalah saya membaca tuisan tuan ini. Terima kasih kerana menyedarkan saya.

Namun saya ingin bertanya, saya paham kenapa saya memilih untuk menjadikan watak dalam novel itu sebagai ikutan dan panduan. Ini adalah mungkin kerana betapa jauhnya saya daripada kehidupan Rasulullah. Betapa saya tidak mengerti dan jahil tentang sejarah hidup Rasulullah. Tambahan pula, adalah sukar untuk menggambarkan kehidupan Rasulullah melalui sirah-sirah dan tulisan-tulisan mengenai kehidupan Baginda. Bagaiman pula sekiranya filem Islam, watak di dalam filem Islam yang dijadikan ikutan.? Ini kerana watak-watak tersebut adalah lebih jelas, dan dilihat sendiri dengan mata kasar... maka lehih mudah untuk diikuti dan digambarkan...

Saya ini orng yang jahil dan sedikit ilmunya. Saya mohon tunjuk ajar dan. Semoga Tuan dirahmati Allah.

Salam.

11:37 AM  
Blogger Muthanna said...

saudari/a
rahmat Allah di dalam bentuk kemanisan hidup serta ketenangan hati yang hakiki hanya dapat dicapai melalui pedoman hidupan Rasulullah saw
Bukankan Allah berfirman "Wa Atiu Allah wa Atiuu arRasul Laalakum Turhamun"
'Taatilah Allah dan Taatilah Rasulullah semoga kamu dirahmati"

Watak-watak 'Islami' itu hanyalah khayalan yang walaupun jelas dan dapat dilihat dan dihayati, bukanlah pedoman hidup yang sepatutnya.Ingat di akhirat nanti, kita akan disoalsamaada kita mengikuti Rasulullah saw atau tidak.Ingat di akhirat nanti, kedudukan kita samada suka atau duka bergantung sama ada kita mengikuti Rasulullah saw bukan watak khayalan yang tiada asas dalam kehidupan

Ya, tidak dinafikan di sana ada kesukaran , tetapi ingat di sebalik kesukaran yang ada di sana ganjaran dan disebalik usaha kita, Allah berjanji untuk mudahkan jalan..

6:58 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home